Posted on

Tips membakar kek dan biskut: Bahan-bahan pada suhu bilik

Kadang-kala resepi menyatakan bahan-bahan seperti telur, keju, butter atau susu pada suhu bilik. Tetapi sesetengah orang tidak peduli langkah tersebut. Jangan sesekali tinggalkan langkah tersebut kerana ada sebab yang penting di sebalik suhu bilik. Jika tidak, ia tidak akan rasa seperti yang sepatutnya. Apa maksud bahan pada suhu bilik pada sesuatu resepi? Kenapa bahan suhu bilik penting?

Pada suhu bilik, telur, butter dan bahan-bahan lain berasaskan susu membentuk emulsi yang memerangkap udara. Ketika membakar kek dan biskut, udara yang terperangkap akan mengembang dan akan menghasilkan kek yang ringan dan “fluffy”. Selain daripada itu, bahan pada suhu bilik juga akan mengikat dengan mudah dan menghasilkan tekstur yang sama rata.

 

 

Posted on

Bagaimana mengekalkan kesegaran brownies?

Brownies seperti kek dan lain-lain, terbaik dinikmati apabila baru dibakar. Walaubagaimana pun brownies boleh tahan dalam seminggu dalam suhu bilik. Jika hendak disimpan atau tahan lebih lama, berikut adalah petua untuk mengekalkan kesegaran brownies anda. Simpan dalam bekas yang kedap dalam peti ais. Apabila anda mahu makan, keluarkan awal 1-2 jam. Atau “defrost” dalam microwave oven selama 20 minit. InsyaAllah brownies akan kekal segar, enak dan sedap dimakan.

Cheese brownies segar dan “fresh”
Posted on

Chedah Premium Brownies Mix

Premium Brownies Mix dengan tiga rasa: Brownies Choc Chip, Brownies Oreo, Brownies Kit Kat

Apa yang premium dengan brownies ni?

Ia diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti tinggi dan sihat seperti Tepung Tanpa Pemutih dan Gula Perang. Lebih sihat dan selamat.

Brownies ini juga menggunakan bahan-bahan premium seperti Beryls Dark Chocolate, Beryls Serbuk Coklat, Pure Nutella dan Pure Butter Anchor/SCS/Tatura. Chedah tidak guna buttercup, sebab ia “Pure Butter”.

Pernah rasa brownies yang sedap? Tak suka brownies sebab terlalu manis? Kena cuba Premium Brownies. Rasanya tidak terlalu manis. Crunchy di luar lembut di dalam. Cuba sekali pasti teringat-teringat. Makan sambil pejam mata…rasa seperti makan coklat.

Mari lihat testimoni-testimoni dari customer yang pernah order Chedah Brownies? Link album testimoni >
http://bit.ly/testimonibrownieschedah

Penghantaran satu Malaysia. Pos Semenanjung RM8 dan Sabah/Sarawak RM12
Free COD: Depan Politeknik SP, Depan UiTM Permatang Pauh, Taman Pauh Jaya

========================
Chedah Premium Brownies
========================
↪Bahan-bahan premium, berkualiti tinggi dan sihat
↪Pure Butter Ancor/SCS/Tatura
↪Beryls Dark Chocolate
↪Beryls Serbuk Coklat
↪Gula Perang
↪Kurang Manis
↪Penuh Rasa Coklat
↪Choc Chips
↪Oreo
↪Kit Kat
↪Pure Nutella
↪Saiz: 8.5″ x 4″
↪Berat: ±700g
=========================

Boleh tempah untuk harijadi, jamuan, house warming, pertunangan/perkahwinan dan kenduri. Hubungi Chedah.

Link koleksi Chedah Premium Brownies >
http://bit.ly/koleksibrownieschedah

Hubungi Chedah atau layari Brownies Mix
http://www.wasap.my/+60195596979
http://www.wasap.my/+60195596979

Lokasi Permatang Pauh, Penang

#sayajualbrownies
#brownieskedut
#browniesmix
#browniespremium
#browniespos
#browniespenang
#purebutter
#coklatberyls
#unbleachedflour
#tepungtanpapemutih
#brownissedap
#chedahkitchen
#letscookbake

Posted on

Punca kek tidak menjadi. Sebab apa?

Kek Tidak Naik Sekata

  • Suhu dalam ketuhar tidak panas sekata menyebabkan kek tidak dibakar secara menyeluruh
  • Bancuhan tepung tidak sebati
  • Suhu ketuhar mungkin terlalu panas
  • Adunan melebihi setengah daripada ukuran loyang pembakar
  • Loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yang digunakan

Kek Menjadi Bantat

  • Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil
  • Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul
  • Ketika memasukkan tepung ke dalam adunan, kadar kelajuan tidak boleh terlalu laju
  • Kemungkinan telur yg digunakan sudah tidak elok. Sebaik-baiknya gunakanlah telur yang segar. Isikan air di dalam bekas dan letak telur di dalamnya. Jika telur terapung bermakna telur itu sudah tidak ada kandungan udara lagi atau sudah busuk.
  • Tepung sudah tidak elok atau sudah luput tarikhnya. Sebaik-baiknya, tepung dijemur terlebih dahulu. Ini penting untuk membantu meringankan kek.
  • Mentega yang dicampurkan dalam adunan mungkin terlalu panas, menyebabkan ia berbuih. Ini menjadikan kek rosak.
  • Suhu ketuhar terlalu rendah.

Kek Merekah

  • Suhu ketuhar terlalu panas dan ini menyebabkan bahagian luar kek terlalu cepat masak dan kepanasan tersimpan pada bahagian tengah kek. Ini membuatkan bahagian tengah kek akan merekah.
  • Jenis loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan
  • Loyang pembakar tidak diletakkan ditengah-tengah ketuhar
  • Kekurangan cecair
  • Acuan/loyang terlalu kecil
  • Tepung yang digunakan tidak sesuai seperti tepung berprotein tinggi

Kek Menjadi Keras

  • Gula dan mentega tidak dipukul hingga gebu dan ringan
  • Terlalu banyak tepung gandum
  • Tidak cukup cecair
  • Memukul terlalu lama setelah memasukkan tepung
  • Tidak memukul sempurna setelah dimasukkan telur
  • Membakar terlalu lama atau suhu terlalu tinggi
  • Loyang/acuan kek terlalu besar dan kek menjadi nipis
  • Ikuti resepi dengan tepat dan pastikan resepi dari sumber yang boleh dipercayai

Kek Menjadi seperti Bingka

  • Bancuhan tidak dipukul sebati
  • Terlampau banyak cecair
  • Tepung terlalu sedikit
  • Suhu ketuhar tidak cukup panas

Kredit: http://maziahismail.com/punca-kek-tak-menjadi-sebab-apa/

Posted on

Tips buat muffin

Secara asasnya, muffin menggabungkan bahan kering dan bahan basah. Kemudian gaul, bakar dan makan! Senang sangat dan tidak perlu hand mixer atau stand mixer. Menggunakan kaedah kaup balik, guna spatula atau senduk sahaja.
Cara penggayaan pula, terpulang pada setiap individu, sama ada nak guna bekas cupcakes yang menarik, kertas cake yang nipis (lebih murah) atau pun guna loyang muffin tanpa sebarang alas (cara yang sering digunakan di luar negara). Paling sedap, makan semasa panas-panas selapas keluar dari oven. Bahagian atasnya ranggup!

Antara tips membuat muffin

  • Pastikan oven betul-betul panas sebelum masukkan adunan dalam oven. Panaskan lebih kurang 20 minit.
  • Pastikan perkakas untuk bahan kering betul-betul kering.
  • Gaul rata bahan kering keseluruhannya sebelum lubang tengah dibuat.
  • Buang tali pusat telur supaya muffin tidak hanyir
  • Jangan bakar terlalu banyak muffin. Ikut kebesaran saiz oven anda. Ini kerana kepanasan suhu oven berkait rapat dengan kuantiti muffin dalam oven.
  • Kalau nak muffin naik tinggi membukit dan cantik, haruslah buh 3/4 adunan dalam cup.
  • Adunan muffin sepatutnya tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Kalau adunan terlalu cair, haruslah dimasukkan 1/2 adunan sahaja dalam cup. Jika dituangkan 3/4 adunan dalam cup, nanti akan melimpah dan kejadian muffin tersebut tidak naik membukit.

Kredit: http://ninamirza.com/2012/09/26/resepi-tips-membuat-muffin-vanilla-sedap/

Posted on

Baking powder vs Baking soda

Selalu buat kek atau muffin?

Baking powder
Merupakan agen penaik yang mengandungi soda bikarbonat dan bahan berasid, cream of tartar dalam kandungannya. Bertindak membebaskan gas karbon dioksida dalam adunan untuk menaikkan & mengembangkan adunan semasa dibakar. Biasa di gunakan untuk membuat pancake, kek & muffin.

Baking soda (soda bicarbonate)
Merupakan agen penaik tulen soda bikarbonat. Juga bertindak membebaskan gas karbon dioksida semasa proses pembakaran. Bezanya dengan baking powder ialah, soda bertindak merata & menyebarkan adunan, sementara baking powder bertindak menaikkan. Ada sesetengah resepi yang memerlukan penggunaan kedua2 agen penaik ini untuk mendapatkan tekstur kek yang tinggi & rata.

Kredit: http://anieyzdelight.blogspot.co.nz/2013/08/basic-ingredients-info.html?m=1

Posted on

Tepung kek

DIY tepung kek. Superfine flour (cake flour) lebih dikenali sebagai tepung kek. Mengandungi kadar protein yang rendah & kandungan kanji yang tinggi. Campuran di antara tepung gandum & tepung jagung. Sesuai digunakan untuk membuat kek kerana teksturnya yang lebih halus & ringan.

Bahan-bahan

  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung

Cara-cara
Ayak keduanya dan jadilah untuk secawan tepung kek

Kredit: http://anieyzdelight.blogspot.co.nz/2013/08/basic-ingredients-info.html?m=1

Posted on

Tepung naik sendiri

DIY  tepung naik sendiri. Tepung naik sendiri (Self-raising flour) merupakan campuran superfine flour & agen penaik seperti baking powder & soda bicarbonate. Jika menggunakan tepung ini dalam aduanan, tidak perlu menambahkan lagi agen penaik. Biasanya digunakan untuk membuat muffin, scone, pancake & kek.

Bahan-bahan

  • 500gm tepung gandum
  • 7 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam

Cara-cara.
Campurkan semua dan ayak sebanyak 3 kali.
Dah siap tepung naik sendiri. Dimpan dalam bekas bertutup dan boleh diguna pada bila-bila masa

Kredit: http://anieyzdelight.blogspot.co.nz/2013/08/basic-ingredients-info.html?m=1

Posted on

Tepung Beras

Ada pelbagai jenis tepung beras. Pasti ada yang tak terfikir apa bezanya. Bagi kita asal tepung beras semuanya sama. Ada 3 jenis tepung beras yang berlambangkan gajah. Tepung beras biasanya asal diperbuat dari negara thailand. Pasti ada yang tak perasaan kan. Saya akan terangkan apa fungsi tepung beras mengikut lambang gajah yg ada.

Tepung beras Cap 1 GAJAH
Tepung ini sangat ranggup. Sangat sesuai untuk mengoreng seperti buat adunan untuk pisang goreng, keledek, keladi, cempedak, adunan gorengan ikan (goreng mamak, goreng berempah). Juga sesuai untuk buat rempeyek dan tumpi kacang hijau/dhall

Tepung beras Cap 3 GAJAH
Sangat sesuai untuk kuih-kuih tradisional seperti kuih kuci, kuih apam beras eno dan pelbagai lagi jenis kuih. Ia menghasilkan kuih yg lembut dan berkilat.

Tepung beras Cap 5 GAJAH
Sesuai untuk membuat mee, laksa dan pelbagai jenis mee. Sebab ia lebih kental.

Tepung beras Cap TERATAI
Sangat sesuai membuat rempeyek dan apam. Kalau buat apam, kurang rasa tepung nya. Jika buat rempeyek dan tumpi sangat-sangat ranggup.

Selepas ni jangan tersilap beli tepung beras ye.