Malaysian

Roti Kentang

26 May 2016
Peralatan
Oven

Dah lama tak meroti. Hari ni saya buat roti kentang/potato bread. Kalau pergi shopping complex mesti beli masih panas-panas. Lembut lemak dan gebu rasa roti ni. Apa kata kita buat sendiri. Caranya mudah dan bahan pun mudah dapat. Jom ikut tutorial saya.

Kredit: CMG Dapur Tanpa Sempadan

Apam Balik

15 May 2016

Sarapan pagi, minum petang, semua boleh buat sendiri di umah, apam balik nama diberi. Boleh letak isi banyak mana yang kita suka, jagung krim, kacang tanah. Suka tebal atau nipis. Apabila makan terasa lembut, rasa jagung krim, kacang tanah dan wangi bau vanilla. Jom kita buat apam balik sendiri.

Waffle Mudah

2 May 2016

Sarapan pagi ni saya buat waffle. Buat lagi jimat, sihat dan boleh dapat banyak. Boleh letak topping macam-macam yang kita suka. Jom ikut tutorial saya cara buat waffle mudah.

Kuih Ketayap

1 May 2016

Macam mana dapat nama ketayap ni ye? Unik. Ramai yang suka makan kuih ketayap kan. Inti sedap kalau gelap sedikit dan lembap. Bila gigit lembut dan moist je. Siapa setuju? Saya nak kongsi cara buat yang mudah. Buat sendiri boleh bubuh inti banyak mana yang kita suka. Dan yang penting homemade. Sesuai untuk sarapan dan minum petang.

Roti John Homemade

27 April 2016

Selalu roti john kita beli kat pasar malam atau makan di restoran je kan. Atau pun beli di tepi jalan kat gerai abang jual burger. Apa kata kita buat sendiri di rumah. Roti john homemade dan mudah. Isi daging berempah dengan telur, sayuran, sos cili, mayonis dan lada hitam. Bahan-bahan pun mudah dapat dan boleh letak inti/isi banyak mana yang kita suka.

Kek Marble Moist

26 April 2016
4 Reviews (5.00 out of 5)
Peralatan
Oven
Masa Masakan
40m

Kak marble moist, wangi baunya. Banyak resepi saya dah cuba. Asal resepi dari Azie kitchen, saya olah sedikit, derhaka resepi niā€¦hehehehe. Resepi ni beza sebab ada kombinasi butter dan minyak. Kombinasi butter dan minyak melembutkan lagi kek marble. Rugi tak mencuba. InsyaAllah puas hati. Nak buat makan sendiri atau nak jual pun boleh. Jom ikut tutorial ni.

 

 

Hong Kong Egg Tart

22 April 2016

Makan sekali mesti nak lagi. Pastry nya lembut rapuh. Filling nya kastard telur yang lembut dan wangi dengan bau vanilla dan rasa lemak susu segar. Semua kena cuba resepi ni, insyaAllah tak mengecewakan. Nak makan sendiri boleh. Nak berniaga pun boleh.

Kredit (pastry): https://www.facebook.com/search/top/?q=hong%20kong%20egg%20tart
Kredit (filling): http://kitchentigress.blogspot.co.nz/2012/10/hong-kong-egg-tarts-video.html