Apam Balik

15 May 2016

Sarapan pagi, minum petang, semua boleh buat sendiri di umah, apam balik nama diberi. Boleh letak isi banyak mana yang kita suka, jagung krim, kacang tanah. Suka tebal atau nipis. Apabila makan terasa lembut, rasa jagung krim, kacang tanah dan wangi bau vanilla. Jom kita buat apam balik sendiri.


Bahan-bahan

  • 2 Cawan
    Tepung naik sendiri/Tepung gandum
  • 1/4 Cawan
    Gula
  • 1/2 Sudu Kecil
    Baking soda (1 sk jika tepung gandum)
  • 1/2 Sudu Kecil
    Baking powder (1 sk jika tepung gandum)
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 Biji
    Telur gred A
  • 1 1/2 - 1 3/4 Cawan
    Susu segar/Susu cair
  • 3 Sudu Besar
    Minyak masak/Minyak sayur/Minyak jagung/2 sb marjerin (dicairkan)
  • 1/2 Sudu Kecil
    Garam
  • 1 Sudu Kecil
    Esen vanilla

Cara-cara

  1. Masuk semua bahan susu, telur, gula, garam, tepung, baking soda, baking powder, esen vanilla, garam, pewarna kuning ke dalam blender. Blender sampai semua sebati hingga tak ada ketulan. Perap dalam 15-30 minit.

  2. Blender hingga macam ni

  3. Untuk filling, bahan-bahannya.
    - Jagung krim dalam tin
    - Kacang digoreng tumbuk
    - Gula
    - Coklat rice (optional)

  4. Panaskan kuali non-stick, sederhana panas. Masukkan adunan mengikut ketebalan yang disukai.

  5. Tabur gula apabila dah agak ada gelembung kecil.

  6. Tabur macam ni.

  7. Tabur kacang tanah apabila dah agak kering.

  8. Kemudian letak jagung krim.

  9. Terlangkupkan macam ni dan boleh angkat.

  10. Alhamdulillah sudah jadi apam balik.

  11. Apam balik boleh dibelah dua. Nampak sedapkan. Selamat mencuba.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Apam Balik”