Bingka Roti

23 August 2016
1 Review (5.00 out of 5)
Peralatan
Oven
Masa Penyedian
20m
Masa Masakan
1h 0m

Kalau ada roti lebih, boleh cuba buat bingka/bengkang roti ni. Mudah dan cepat. Sesuai buat makan satu family. Jom buat.


Bahan-bahan

  • 5 Keping
    Roti putih
  • 3 Cawan
    Santan/Susu segar/Susu cair
  • 2 Biji
    Telur
  • 3/4 Cawan
    Gula Pasir (Boleh kurang 1/2 cup)
  • 1 Sudu Kecil
    Garam
  • 1 Cawan
    Tepung gandum
  • 1 Sudu Kecil
    Esen vanilla
  • 2 Sudu Besar
    Marjerin

Cara-cara

  1. Carik-carik kecil roti dan rendam sekejap dengan 2 cawan santan. Tekan sedikit dengan sudu bagi roti terendam.

  2. Sementara itu, blender baki 1 cawan santan, marjerin, telur, gula, garam, esen vanilla dan tepung gandum. Blender jangan lama sangat. Cukup sekadar sebati semuanya.

  3. Blender sampai macam ini.

  4. Tuang bahan blender dalam roti yang terendam tadi.

  5. Kacau rata semua.

  6. Sediakan loyang (8’x8′). Sapu minyak dan alas baking paper. Kalau ada acuan bingka boleh guna juga. Sapu minyak atau marjerin untuk elak melekat.

  7. Tuangkan adunan dalam loyang.

  8. Panaskan oven dalam 8-10 minit. Bakar dalam oven pada suhu 180 (170 jika oven kecil) selama 45 minit – 1 jam. Sambung bakar hingga 1 jam jika mahu permukaan atas garing.

  9. Alhamdulillah dah siap bakar. Keluarkan dari oven. Sejukkan dalam 2-3 jam baru potong.

  10. Bingka dah sejuk. Dah boleh potong.

  11. Sesuai buat minum petang. Minum dengan air kopi atau teh panas. Selamat mencuba!

1 review for Bingka Roti

  1. vfanel
    5

    ()

    Memang sgt sedap. Jimat roti nak expired. Tq share.

Add a review