Cream Bun

13 April 2016

Asalnya resepi ini untuk roti butterscotch. Ganti dengan cream bun. Atau boleh letak filling lain yg disukai. Insyallah roti lembut dan gebu. Resepi ni boleh dapat 11-12 biji roti bulat atau panjang.

Kredit: http://aziejaya.blogspot.co.nz/2014/12/roti-sarang-lebah-yang-menjadi-pujaan.html?m=1


Bahan-bahan

  • 2 Cawan
    Tepung gandum
  • 1/2 Sudu Kecil
    Yis kering
  • 1/4 Sudu Kecil
    Garam
  • 1/2 Sudu Kecil
    Baking powder
  • 1 1/2 Sudu Besar
    Gula halus/Gula caster
  • 1/4 Cawan
    Susu segar
  • 1/4 Cawan
    Minyak jagung/Minyak sayur
  • 1/2 Cawan
    Air suam

Cara-cara

  1. Campurkan air suam dan yis dalam cawan hingga berbuih. Biarkan seketika. Ambil bowl dan masukkakn tepung, garam, baking powder dan kacau sebati. Buat bulatan kecil di tengah tepung dan masukkan campuran yis tadi, susu dan minyak jagung.

    Keluarkan doh dan uli d atas permukaan rata yang ditabur sedikit tepung lebih kurang 10 minit hingga doh licin dan elastik. Masukkan kembali doh dalam bowl tadi yang disapu sedikit minyak. Tutup dengan kain/tuala bersih/clingwrap. Biarkan naik sekali ganda lebih kurang 1 jam. Letak ditempat yang ada haba panas seperti tepi tingkap.

  2. Tumbuk-tumbuk doh untuk buang angin.

  3. Pindah atas permukaan rata dan uli sedikit doh. Bahagikan doh beberapa bahagian. Saya buat 3x bancuhan resepi ini.

  4. Ambil satu doh dan canai.

  5. Gulung dan potong lebih kurang besar bola ping pong.

  6. Canai lagi bebola kecil tadi.

  7. Dan gulung.

  8. Susun dalam dulang/tray yang dilapik kertas baking. Biarkan doh naik dalam 40 minit- 1 jam. Tutup dengan kain bersih.

  9. Dah naik gebu. Panaskan oven dalam 15 minit pada suhu 175.

  10. Sebelum bakar, sapu atas roti dengan kuning telur + sedikit susu segar. Jangan sapu terlalu banyak. Bakar 20-25 minit pada suhu 175.

  11. Setelah siap dibakar, keluarkan dari oven dan sapu butter/marjerin cair di atas roti supaya berkilat. Biarkan sejuk. Setelah sejuk, belah di tengan dan boleh isi filling fresh cream/whipped cream dan sedikit strawberi jam.

  12. Untuk filling roti. Ambil 2 cawan fresh cream (keluar dari peti ais). Pukul dengan low speed selama 1 minit dan naikkan speed sederhana laju sehingga krim jadi soft peak. Jangan over beat nanti krim akan mencair balik. Bila angkat pemukul, krim tidak jatuh ke bawah.

  13. Campurkan gula icing dalam 4-5 sudu besar dan 1 sudu kecil esen. Kacau kaup balik dengan senduk kayu atau whisker. Isi dalam piping bag/plastik yang dipotong bucunya dan paipkan ke dalam belahan roti.

  14. Tabur gula icing atas roti.

  15. Alhamdulillah cream bun sudah siap. Selamat mencuba.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Cream Bun”