Hokaido Chiffon Cupcake

20 April 2016
Cuisine

Resepi ni versi Azlina Ina. Sedap sangat sangat dan gebu gebas. Tak rugi mencuba. Sila ikut tutorial saya.


Bahan-bahan

  • 4 Biji
    Telur
  • 10 Sudu Besar
    Gula halus/Gula caster
  • 1 Sudu Kecil
    Esen vanilla
  • 1 Sudu Kecil
    Cream of Tartar (atau 1 Sudu Kecil Jus Lemon)
  • 1/2 Cawan
    Tepung gandum
  • 1/2 Sudu Kecil
    Baking powder
  • 2 Sudu Besar
    Tepung jagung
  • 1/2 Sudu Kecil
    Garam
  • 1/2 Cawan
    Susu cair/Susu segar
  • 1/4 Cawan
    Minyak masak/Minyak sayur (atau 5 Sudu Besar)

Cara-cara

  1. Asingkan putih dan kuning telur

  2. Campurkan kuning telur dengan 4-5 sb gula halus atau gula caster, dan esen vanilla. Kacau bagi rata. Guna senduk kayu atau spatula.

  3. Kacau hingga jadi macam ni.

  4. Campurkan putih telur dengan 5sb gula halus dan cream of tartar. Pukul sampai jadi meringue (bertanduk) dengan high speed.

  5. Ini cream of tartar. Fungsinya nak 'stable'kan putih telur yang kita pukul.

    Sumber dari: http://www.mafhq.mil.my/bakat/images/stories/resepi/Panduan%20Membuat%20Biskut.txt

  6. Sementara itu kita ayak 1/2 cawan tepung gandum, 1/2 sk baking powder, 2 sb tepung jagung dan 1/2 sk garam.

  7. Lebih kurang dalam 7-8 minit, putih telur dah bertanduk (meringue). Nampak tak dah ada tanduk.

  8. Balik pada kuning telur tadi. Masukkan 1/2 cawan susu cair atau susu segar. Kacau rata.

  9. Masukkan juga 1/4 cawan minyak masak/minyak sayur (5 sb minyak). Kacau rata.

  10. Masukkan tepung yang diayak tadi. Masuk sedikit-sedikit. Kacau sampai tak berketul. Gunakan whisk untuk senang hancurkan tepung.

  11. Hingga jadi macam ni.

  12. Masukkan pula meringue telur putih tadi, sedikit-sedikit. Dan kacau kaup balik perlahan-lahan. Jangan kacau terlalu laju. Nanti cair pula.

  13. Kacau perlahan-lahan macamni. Boleh guna senduk kayu untuk kaup balik.

  14. Hingga jadi macam ni. Tak cari dan tak pekat.

  15. Panaskan oven pada 170 degree dalam 5-7 minit. Tak ada cupcake paper. Guna muffin paper pun boleh atau pakai lah apa yang ada kat rumah. Isikan 3/4 penuh.

  16. Masukkan ke dalam oven. Bakar 20-25 minit bergantung pada oven masing-masing.

  17. Jenguk 10 minit pertama. Dah naik gebu.

  18. Sudah masak. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sekejap.

  19. Jangan terkejut, kek chiffon memang akan turun sedikit.

  20. Bahan-bahan untuk filling.
    - 125 gm cream cheese
    - 3 sudu besar gula icing
    - 2 sudu besar whipping cream/susu cair

    Campurkan semua bahan dan pukul hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam piping beg dan gunting dihujung.

  21. Susun cupcake.

  22. Cucuk di tengan dengan gunting atau pisau.

  23. Paipkan krim tadi macam ni.

  24. Dan tekan sehingga keluar krim.

  25. Alhamdulillah dah siap. Tabur icing gula dan hias dengan buah segar.

  26. Gebu dan lembut sangat. Selamat mencuba.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Hokaido Chiffon Cupcake”