Homemade Mee Kuning

17 November 2016
Cuisine
Course

Hari ini saya nak kongsikan resepi homemade mee kuning yang saya buat tanpa menggunakan mesin. Mee kuning yang kita buat sendiri di rumah tanpa bahan pengawet dan kapur. Resepi dan caranya sangat mudah. Untuk resepi ini menghasilkan lebih kurang 1 kg mee kuning. Selamat mencuba.


Bahan-bahan

  • 3 Cawan
    Tepung gandum
  • 1 Biji
    Telur
  • 1 Sudu Kecil
    Garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1 Cawan
    Air biasa

Cara-cara

  1. Dalam mangkuk besar masuk tepung gandum, sikit serbuk kunyit, garam dan telur. Kacau rata.

  2. Masukkan air sikit- sikit. Uli hingga doh tidak lekat ditangan.

  3. Uli doh hingga licin.

  4. Saya perap doh ni dalam 1 jam, supaya mudah dicanai. Saya letak dalam plastik.

  5. Doh besar tadi bahagi kepada 4 doh kecil. Sediakan papan pencanai, Ambil seketul doh kecil tadi, tabur sikit tepung gandum atas doh dan papan supaya tidak melekat dan canai doh senipis yang boleh.

  6. Canai senipis yang boleh, sentiasa tabur tepung gandum elak melekat.

  7. Lipat doh nipis ini dan tabur/ratakan dengan tepung elak melekat semasa memotong.

  8. Hingga jadi seperti ini.

  9. Potong kepada 2 bahagian.

  10. Dapat 2 bahagian.

  11. Dan potong senipis yang boleh.

  12. Potong hingga habis dan tabur sikit tepung.

  13. Jadi sudah mee kuning. Siap untuk direbus.

  14. Didihkan air, letak sikit minyak masak.

  15. Masuk mee kuning yang siap dipotong tadi.

  16. Rebus mee lebih kurang 2-3 minit. Bila mee sudah timbul dan warna agak pudar bolehlah diangkat. Rebus mee jangan terlalu banyak. Rebus sikit sikit supaya cepat masak.

  17. Dan masukkan kedalam air sejuk untuk buang kanjinya. Rendam seketika dan toskan mee kuning.

  18. Siap mee kuning homemade tanpa mesin, tanpa pengawet, tanpa kapur.

  19. Homemade mee kuning. Boleh dibuat mee goreng, buat mee kari, mee sup mee hailam dan macam-macam lagi.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Homemade Mee Kuning”