Hong Kong Egg Tart

22 April 2016

Makan sekali mesti nak lagi. Pastry nya lembut rapuh. Filling nya kastard telur yang lembut dan wangi dengan bau vanilla dan rasa lemak susu segar. Semua kena cuba resepi ni, insyaAllah tak mengecewakan. Nak makan sendiri boleh. Nak berniaga pun boleh.

Kredit (pastry): https://www.facebook.com/search/top/?q=hong%20kong%20egg%20tart
Kredit (filling): http://kitchentigress.blogspot.co.nz/2012/10/hong-kong-egg-tarts-video.html


Bahan-bahan

  • 2 Cawan
    Tepung
  • 1/2 Cawan
    Gula icing
  • 1/2 Sudu Kecil
    Garam
  • 1 Sudu Kecil
    Esen vanilla
  • 1/2 Cawan
    Butter suhu bilik
  • 1/2 Biji
    Telur (1 biji telur dikocok sedikit dan ambil 1/2 bahagian sahaja)

Cara-cara

  1. Ayakkan tepung gandum, gula icing dan garam. Campur butter dan gaul rata sampai jadi serbuk roti. Campur dengan telur dan esen vanilla. Ratakan semua dan balut pastry dengan plastik atau cling wrap dan sejukkan (bukan beku) dalam peti ais 1/2 jam.

    Bahan-bahan filing:
    - 180ml air panas
    - 300ml susu segar/susu cair
    - 3/4 cawan gula pasir
    - 4 biji telur dikocok sebati
    - 1 1/4 sudu kecil esen vanilla

    Dalam bekas, campur air panas dengan gula hingga hancur. Masukkan susu segar atau susu cair, telur serta esen vanilla. Kacau rata dan tapiskan.

  2. Sementara itu, boleh panaskan oven pada suhu 175-180 dalam 10 minit.

    Terapkan pastri dalam acuan tart. Ambil sedikit pastri, bulatkan dan tekan dibahagian tengan acuan dan ratakan. Lebih kurang 1/2cm. Jangan tebal sangat, nanti pastri tidak masak. Cucuk-cucuk dasar pastri dengan garpu seperti dalam gambar supaya pastri masak sekata. Bakar pastri dahulu selama 10-15 minit.

  3. Bila pastri dah masak, tuang filling hampir penuh. Bakar lagi selama 15-25 minit atau hingga masak. Sentiasa tengok semasa bakar sebab lain oven lain masanya.

  4. Alhamdulillah dah siap. Baru keluar dari oven. Baunya wangi satu rumah. Tunggu sejuk dan keluarkan dari acuan. Lagi sedap sejukkan dalam peti ais.

  5. Dah boleh makan. Petik bunga ros depan rumah. Buat minum petang atau lunch box anak.

  6. Close up Hong Kong Egg Tart. Selamat mencuba.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Hong Kong Egg Tart”