Kek Marble Moist

31 May 2016
Cuisine

Kek marble ini moist rasanya sebab minyak dan susu pekat digunakan. Sesuai buat minum petang atau makan sekeluarga pada hari-hari tertentu. Mari cuba tutorial saya.


Bahan-bahan

  • 4 Biji
    Telur gred A
  • 1 Cawan
    Gula halus/kastor
  • 1/2 Sudu Besar
    Ovalette
  • 3/4 Cawan
    Minyak masak (resepi guna vegetable oil)
  • 1/2 Cawan
    Susu pekat
  • 1 Sudu Kecil
    Esen vanilla
  • 1 Sudu Kecil
    Garam
  • 1 1/2 Cawan
    Tepung gandum
  • 1 Sudu Kecil
    Baking powder
  • 2 Sudu Besar
    Serbuk koko

Cara-cara

  1. Pukul telur, gula dan ovalette sehinga kembang gebu dan ringan dengan high speed dalam 10-15 minit.

    *Jika kukus, tambah 1 sudu kecil baking soda dan kukus 40-45 minit. Balut tudung kukus atau tutup loyang dengan plastik untuk elak air kukusan masuk dalam kek.

  2. Telur, gula dan ovalette yang sudah dipukul sehingga gebu ringan seperti ini.

  3. Sementara tunggu bahan dipukul kembang, ayak tepung gandum, garam dan baking powder. Gaul rata bahan yang diayak.

  4. Adunan yang sudah kembang tadi, masukkan susu pekat dengan mixer speed perlahan.

  5. Masukkan esen vanilla.

  6. Masuk bahan diayak tadi sedikit-sedikit.

  7. Masukkan minyak dan sebatikan semuanya. Jangan pukul lama sangat step ini. Tutup mixer dan sebatikan dengan spatula atau senduk kayu dengan kaedah kaup balik.

  8. Sehingga macam ini.

  9. Asingkan kepada dua bahagian.

  10. Satu bahagian warna asal, satu lagi bahagian dicampur dengan serbuk koko.

  11. Kacau rata sehingga begini.

  12. Sediakan loyang pembakar. Saya guna loyang 8'. Sapu minyak dan lapik kertas baking.

  13. Ambil senduk, lapiskan dengan warna asal dahulu dan kemudian warna koko. Ulang sehingga habis.

  14. Sehingga jadi begini.

  15. Panaskan oven pada suhu 170 (jika guna oven kecil suhu 160) dan pakai api atas dab bawah. Bakar selama 40-45 minit.

  16. Pada minit 40, cucuk kek menggunakan lidi sate. Kek sudah masak jika lidi bersih. Jika tidak sambung sampai masak.

  17. Keluarkan dari oven apabila sudah masak. Sisip tepi kek dengan pisau supaya kek mudah keluar. Telangkupkan atas redai dawai. Buang kertas baking. Telangkupkan balik kepada kedudukan asal dan lapik dengan pingga atau kek board.

  18. Setelah ditelangkupkan balik pada kedudukan asal. Cantik kan.

  19. Kek diletak atas kek board.

  20. Apabila sudah sejuk, boleh potong kek marble. Alhamdulillah dan selamat mencuba.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kek Marble Moist”