Kek Marble Moist

26 April 2016
4 Reviews (5.00 out of 5)
Peralatan
Oven
Masa Masakan
40m

Kak marble moist, wangi baunya. Banyak resepi saya dah cuba. Asal resepi dari Azie kitchen, saya olah sedikit, derhaka resepi ni…hehehehe. Resepi ni beza sebab ada kombinasi butter dan minyak. Kombinasi butter dan minyak melembutkan lagi kek marble. Rugi tak mencuba. InsyaAllah puas hati. Nak buat makan sendiri atau nak jual pun boleh. Jom ikut tutorial ni.

 

 


Bahan-bahan

  • 200 Grams
    Butter
  • 1/4 Cawan
    Minyak Masak/Minyak Sayur
  • 1 Cawan
    Gula
  • 2 Sudu Kecil
    Ovalette (Optional)
  • 2 Cawan
    Tepung naik sendiri (atau 2 cawan tepung gandum + 1 suduk kecil baking powder)
  • 1 Sudu Besar
    Esen vanilla
  • 4 Biji
    Telur gred A
  • 3 Sudu Besar
    Susu segar/Susu cair
  • 2 Sudu Besar
    Serbuk koko
  • Pewarna merah
  • Pewarna pink

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula dengan high speed selama 10 minit. Step ni kena sabar ok.

  2. Lepas tu masukkan ovalette dan esen vanilla. Pukul dengan medium speed dalam 5 minit hingga kembang.

  3. Pukul hingga jadi macam ni.

  4. Masukkan telur satu per satu. Dan pukul lagi dalam 5 minit.

  5. Pukul sampai sebati macam ni.

  6. Ok step ni lah yang saya olah resepinya. Masukkan minyak masak tadi dan ratakan dengan low speed.

  7. Lepas itu, masukkan tepung sedikit-sedikit selang seli dengan susu segar/susu cair.

  8. Masukkan susu segar/susu cair.

  9. Sampai jadi gebu begini ya.

  10. Bahagikan pada warna asal, warna merah dan warna coklat (kita kacau dengan serbuk koko).

  11. Alas loyang bakar dengan baking paper atau sapu minyak/marjerin.

  12. Masukkan adunan selang seli ikut kita cara mana yang kita nak.

  13. Lorek-lorek kan guna lidi sate.

  14. Lorek hingga macam ni.

  15. Panaskan oven dulu selama 8 minit pada suhu 165-170. Kemudian bakar selama 40-45 minit atau hingga masak. Kalau guna oven kecil, bakar pada suhu 160 untuk 15 minit pertama. Kemudian turunkan suhu pada 140. Cucuk kek dengan lidi lepas 30 minit pertama. Kek dah masak kalau lidi bersih. Kalau masih belum masak, teruskan bakar menggunakan suhu yang rendah untuk elak kek mendap dan supaya masak sekata.

  16. Alhamdulillah, kek dah masak.

  17. Ok, step yang penting untuk elak kek mendap (atau kekalkan kek gebu). Keluarkan kek dari oven dan letak atas redai dawai.

  18. Terlangkupkan perlahan-lahan.

  19. Tarik baking paper perlahan (jika guna).

  20. Kek jadi macam ni.

  21. Dan terlangkupkan ke kedudukan asal dengan board cake atau pinggan/talam rata. Semua dengan perlahan-lahan ok. InsyaAllah kek kekal gebu.

  22. Ada corak redai dawai…cantik kan.

  23. Kek marble. Dah sejuk dalam sejam dan boleh potong. Gebuis, moist lembut dan bau wangi sangat.

  24. Sebelum ni saya hanya letak butter. Bila campur minyak sedikit, jadi lebih lembut. Itulah rahsianya. Tak percaya kena buat baru tau. Selamat mencuba.

4 reviews for Kek Marble Moist

  1. Noor Liza Abu Bakar
    5

    ()

    30/6/17
    Salam Admin. Saya dah cuba resepi Kek Marble Moist ni dan alhamdulillah..hasilnya amat memuaskan.. Sgt moist… Tqvm Admin atas resepi yg sgt senang di ikuti dan insyaAllah menjadi..

  2. Noor Liza Abu Bakar

    ()

    Maaf Admin.. Tersilap tarikh.. 23/6/17 actually….

  3. iela

    ()

    sy pon dh cuba. sedap lmbut je

  4. Lin
    5

    ()

    Dah buat semalam.. Super moist. Hari ni anak suruh buat lagi dgn warna lain pula. Terima kasih bnyk2 admin..

  5. Umi mizi

    ()

    Memang best… anak2 n suami suka sgt lembut…gebu lg

  6. Julaizah Ismail

    ()

    Salam admin boleh saya tahu loyng guna berapa inci?

  7. Maznah binti marjunid

    ()

    ******

  8. zarina sarimin

    ()

    alhmdulillah 2 kali sy buat sgt sedap n lembut tqvm…

  9. Sakdiyah

    ()

    Bismillah. Puan, nk tnye..apa fungsi ovalet ? kalo tk tarok blh tk ?

  10. Dee

    ()

    Saya dah buat…sdp gebu walaupun x ltk ovallet…ovallet abis…tq Sis… Saya keep resepi ni. Pic step by step sgt membantu..tq Sis resepi awesome ni

  11. jijie abdullah
    5

    ()

    Alhamdulillah sis, saya dah cuba resepi ni. Sedap . Terima kasih sbb share resepi ni. Saya mohon share kepada yg lain ya!

  12. Lily Rzyla
    5

    ()

    tq resepinya & step by step tu sgt membantu
    Alhamdulillah jadi..

  13. Shahina

    ()

    Guna loyang inci berapa ye?

  14. Rominah bte Kasnan

    ()

    Saya dah buat banyak Kali. Kek memang moist dan sedap sekali. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi.

  15. Siti

    ()

    Butter salted atau unsalted? Warna merah tu warna sahaja atau perisa strawberry?

  16. Amy Kendőn

    ()

    Sedang mencari2 resepi kek marble yg moist tarok vege oil or cooking oil…finally jumpe plk Alhamdulillah aamiin3…nk cuba minggu ni coz my nephew nk pulang ke New York study….thank u so so much Chedah kitchen ya..InshaAllah klo jdi nnt will send u fotos ok sayang❤❤❤

  17. Adiedyla

    ()

    Nak tanya, gula yg digunakan gula pasir biasa atau gula kastor ye?

Add a review