Kek Pisang Mudah

7 December 2016

Kek pisang yang saya kongsikan kali ini sangat mudah cara buatnya. Tanpa gunakan sebarang mesin atau mixer.

Kepada penggemar kek pisang, jangan lupa mencuba. Kek yang terjadi lembut, gebu dan lembut. Sesuai buat minum petang dengan minum kopi O. Selamat mencuba.

Sumber: Allrecipes.com


Bahan-bahan

  • 1 Cawan
    Pisang (anggaran 3 biji pisang berangan, dilecek baru sukat)
  • 2 Biji
    Telur gred A
  • 1 Cawan
    Gula perang
  • 1 3/4 Cawan
    Tepung gandum
  • 1/2 Sudu Kecil
    Baking soda
  • 1 Sudu Kecil
    Baking powder
  • 1/2 Cawan
    Minyak sayur/Minyak jagung
  • 1/3 Cawan
    Susu segar/Susu cair
  • 1 Sudu Kecil
    Jus limau
  • 1 Sudu Kecil
    Esen vanilla
  • 1/2 Sudu Kecil
    Garam

Cara-cara

  1. Pisang dilecek halus dan campur dengan jus limau.Kacau rata. Tujuan jus limau untuk melembutkan dan melembapkan kek pisang

  2. Pisang dilecek dan campur jus limau. Kacau rata. Sukat 1 cawan pisang ni.

  3. Dalam mangkuk besar campur pisang dilecek tadi, gula perang, telur, minyak sayur, esen vanilla, susu segar. Kacau rata dengan whisk.

  4. Kacau hingga seperti ini.

  5. Dalam mangkuk lain masuk tepung gandum, baking soda, baking powder dan garam. Ayak semua bahan ni. Kacau rata

  6. Tuang sikit-sikit tepung dalam adunan pisang tadi.

  7. Kacau rata semuanya.

  8. Sediakan loyang 9" yang disapu sikit minyak dan saya alas dengan baking paper

  9. Tuang adunan dalam loyang.

  10. Sudah siap dituang ke dalam loyang.

  11. Tabur coklat chip atau kekacang walnut cincang atau almod keping.

  12. Panaskan oven, bakar suhu 165 degree selama 40-45 minit atau hingga masak. Cucuk dengan lidi sate, sekiranya keluar bersih kek sudah masak.

  13. Sudah siap kek pisang.

  14. Sejuk boleh potong kek pisang.

  15. Kek pisang keratan dalam gebu lembut.

  16. Kek pisang sedia untuk dimakan.

  17. Kek pisang mudah...lembut gebu moist. Selamat mencuba.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kek Pisang Mudah”