Kuih Ketayap

1 May 2016

Macam mana dapat nama ketayap ni ye? Unik. Ramai yang suka makan kuih ketayap kan. Inti sedap kalau gelap sedikit dan lembap. Bila gigit lembut dan moist je. Siapa setuju? Saya nak kongsi cara buat yang mudah. Buat sendiri boleh bubuh inti banyak mana yang kita suka. Dan yang penting homemade. Sesuai untuk sarapan dan minum petang.


Bahan-bahan

  • 1/2 Biji
    Kelapa parut (ambil yang putih sahaja)
  • 3/4 Cawan
    Gula merah (boleh kurangkan jika tidak suka manis)
  • 2 Helai
    Dauh pandan
  • 1/2 Cawan
    Air
  • 2 Sudu Besar
    Tepung gandum/Tepung jagung (bancuh tepung jagung dengan sedikit air)
  • Sedikit garam

Cara-cara

  1. Didihkan air dalam kuali. Lepas itu masuk gula merah, garam dan daun pandan. Apabila gula sudah larut, masukkan kelapa parut. Kacau rata. Bila inti agak-agak lembab, tabur tepung gandum. Kacau rata sekejap (tepung nak bagi inti melekat dan tidak berderai). Sejukkan inti.

  2. Masak hingga jadi macam ni.

  3. Untuk kulit ketayap, saya blender je. Nak guna senduk kayu atau whisk pun boleh. Cumanya tapis kalau ada ketulan. Kulit ketayap (saya dapat dalam 10 biji sederhana besar).

    Bahan-bahannya:
    - 1 1/2 cawan tepung gandum
    - 1 biji telur
    - 1 cawan santan sederhana pekat/susu segar
    - 1 cawan air pandan (blender 3-4 helai daun pandan)
    - Sedikit garam
    - 1-2 sudu besar rata gula pasir (saya follow dari youtube dapur bujang letak gula sedikit)
    - 2 sudu besar minyak masak (bagi kulit lembut)
    - Sedikit pewarna hijau

    Semua bahan diblender. Jangan lama sangat blender. Cukup bagi tepung tak ada ketulan.

  4. Blender hingga jadi macam ni.

  5. Panaskan kuali api sederhana. Saya ambil sehelai daun pandan simpulkan dan sapukan minyak dengan daun pandan tadi. Wangi baunya

  6. Tuang satu senduk, angkat sikit kuali dan lenggangkan bg bentuk bulat dan adunan sekata. Tak perlu terbalikkan. Angkat terus apabila nampak sudah masak.

  7. Step paling best, isi inti banyak mana yang suka.

  8. Lipat kedua-dua sisi.

  9. Seterusnya, gulung macam ni.

  10. Kan dah jadi. Senang kan.

  11. Alhamdulillah siap semuanya. Kulit lembut sebab ada telur dan minyak sedikit. Selamat mencuba.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kuih Ketayap”