Kuih Sagu

22 August 2016

Kuih sagu antara kuih tradisional yang sedap dan mudah dibuat. Sesuai buat sarapan pagi, minum petang . Juga menjadi kegemaran semua lapisan umur. Kali ini saya buat kuih sagu bewarna merah dengan perisa rose. Jom ikut tutorial saya.

Kredit: Azie kitchen


Bahan-bahan

  • 3 Cawan
    Air
  • 1 Cawan
    Sagu
  • 3/4 Cawan
    Gula pasir
  • Beberapa titik sirap perisa rose dan pewarna merah
  • Sedikit kelapa parut (ambil putih) + sedikit garam (gaulkan)

Cara-cara

  1. Masak air dengan sirap rose hingga mendidih, saya letak sehelai daun pandan.

  2. Masukkan sagu ke dalam air yang mendidih dan kacaukan.

  3. Kacau sehingga agak pekat.

  4. Masukkan gula dan kacau lagi.

  5. Kacau lagi sehingga pekat dan likat. Buang daun pandan.

  6. Sediakan loyang yang dilapik plastik. Tuang sagu ke dalam loyang.

  7. Kukus lebih kurang 20-30 minit sehingga sagu kembang/jernih dan tiada lagi putih.

  8. Kukus kuih sagu.

  9. Dah siap kukus lebih kurang 30 minit. Biarkan sejuk baru potong.

  10. Sediakan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam tadi. Gaul sagu yang dipoting dengan kelapa parut.

  11. Jelas kelihatan sagu dan jernih tiada putih.

  12. Alhamdulillah dah siap kuih sagu.

  13. Kuih sagu perisa rose. Selamat mencuba.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kuih Sagu”