Kuih Siput

21 August 2016

Krup krup rangup sedapnya kuih siput. Dengan rasa lemak rapuh wangi bau daun kari, kuih siput sedap dimakan sambil-sambil duduk berehat minum kopi. Semua golongan usia sukakan kuih siput ni. Jom ikut cara simple saya buat kuih siput.


Bahan-bahan

  • 1 Kilogram
    Tepung gandum
  • 2 Sudu Besar
    Rempah kari*
  • 2 Sudu Besar
    Serbuk cili*
  • 250 Grams
    Marjerin
  • 3 Tangkai
    Daun kari (hiris halus)
  • 2 Grams
    Telur*
  • 2 Biji
    Bawang merah saiz besar*
  • 3 Ulas
    Bawang putih*
  • 2 Sudu Besar
    Jintan manis*
  • 2 Sudu Besar
    Jintan putih*
  • 3 Sudu Besar
    Udang kering*
  • Sedikit garam* (jangan banyak sebab sudah ada marjerin dan udang)*
  • 1 Cawan
    Santan/Air*
  • Beberapa tangkai daun kari

Cara-cara

  1. Kisar semua bahan bertanda * hingga sebati.

  2. Gaul tepung gandum dengan marjerin hingga jadi serbuk roti seperti dalam gambar. Masukkan juga daun kari yg dihiris halus tadi. Gaul sebati semua.

  3. Masukkan bahan dikisar tadi kedalam adunan tepung dan marjerin. Dan gaul sebati. Menjadi doh yang tidak melekat ditangan seperti dalam gambar.

  4. Kita sediakan acuan kuih siput.

  5. Tabur atas dulang dengan sikit tepung gandum untuk elak kuih siput melekat. Ambil sikit adunan dan gentel atas acuan kuih. Tekan dan gulung.

  6. Alhamdulillah dah siap semua. Boleh lah kita goreng.

  7. Panaskan minyak. Dan boleh menggoreng kuih siput. Masukkan daun kari setiap kali menggoreng supaya kuih siput bau wangi. Bila kuih siput dah mula garing kekuningan boleh diangkat dan tapis untuk toskan minyak.

  8. Dah siap kuih siput. Sesudah sejuk boleh simpan dalam bekas kedap udara. Kuih siput yang rapuh lemak wangi bau daun kari. Selamat mencuba.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kuih Siput”