Onde-Onde Buah Melaka

21 August 2016

Onde-onde kuih tradisional yang memang menjadi kegemaran semua. Rasanya yang lembut dan kenyal dengan lemak rasa kelapa parut, wangi bau pandan dan bila digigit, akan keluar air gulanya. Yummm. Jom ikut cara mudah saya buat kuih onde onde.


Bahan-bahan

  • 2 Cawan
    Tepung pulut
  • 2 Sudu Besar
    Tepung gandum
  • 4 Helai
    Daun pandan (atau secukupnya) dikisar dengan air, tapiskan.
  • 1 Ketul
    Gula melaka dipotong dadu/kecil
  • Sedikit pewarna hijau
  • Kelapa parut ambil putih sahaja
  • Sedikit garam (gaul dengan kelapa parut)

Cara-cara

  1. Dalam mangkuk besar masukkan tepung pulut dan tepung gandum. Gaul rata. Masuk air pandan sedikit-sedikit dan beberapa titik pewarna hijau. Gaul rata.

    Jangan masuk air pandan terlalu banyak. Masuk sedikit-sedikit dahulu, untuk elak doh kita terlalu lembik.

  2. Uli hingga doh tidak melekat ditangan.

  3. Sementara itu, kita didihkan air dalam periuk dan masukkan daun pandan bagi bau wangi.

  4. Ambil sedikit doh sebesar ibu jari. Leperkan dan letakkan gula melaka tadi. Dan bulat-bulatkan kemas.

  5. Dan susun dalam pinggan.

  6. Bila air mendidih masukkan onde-onde.

  7. Bila onde-onde timbul, angkat onde-onde dan sejatkan airnya.

  8. Campurkan kelapa parut dengan sedikit garam dan gaul rata.

  9. Gaulkan onde-onde dengan kelapa parut tadi.

  10. Dah siap onde-onde. Mudahkan.

  11. Onde-onde buah melaka. Selamat mencuba.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Onde-Onde Buah Melaka”