Pizza Homemade

26 April 2016
Peralatan
Oven
Masa Masakan
15m

Pernah buat pizza tak? Insyallah senang dan mudah dan homemade lagi. Buat sendiri boleh letak bahan macam kan dan amat jimat. Jom ikut tutorial saya buat pizza mudah. Jom!


Bahan-bahan

  • Doh pizza
  • 1 3/4 Cawan
    Tepung gandum
  • 3/4 Cawan
    Air suam
  • 1 Sudu Besar
    Yis kering (guna mauripan)
  • 1/2 Sudu Kecil
    Gula
  • 1/2 Sudu Kecil
    Garam
  • 1 Sudu Besar
    Minyak Masak/Minyak Sayur

Cara-cara

  1. Mula-mula campur air suam, yis dan gula. Tunggu sekejap dalam 2-3 minit.

  2. Hingga jadi macam ni ok, ada buih sikit.

  3. Uli guna mixer. Campurkan tepung gandum dan garam dalam campuran yis tadi. Guna pengguli dan uli low speed dalam 5-8 minit hingga doh jadi licin dan elastik.

    Kalau uli dengan tangan, mudah lagi uli atas permukaan rata dan uli dalam 5-8 minit juga sampai doh licin dan elastik.

  4. Uli jadi macam ni. Biar naik sekali ganda dalam 20-30 minit. Tutup dengan kain/tuala bersih.

  5. Ok ambil doh tadi dan terap/canai atas dulang bakar macam dalam gambar.

  6. Ok topping nya… sapula dengan sos yang kita suka. Saya sapu sos tomato + sos cili. Nak sapu dengan sambal tumis pun boleh. Sos bbq ke, sos pasta prego ke, sos carbonara ke…apa-apa pun boleh.

  7. Tabur oregano atau italian herbs. Ada jual di tesco, mydin, supermarket semua ada.

  8. Tabur lada hitam, lauk-lauk yang disukai macam daging cincang, isi ayam, udang, ikan bilis, crab stick, hot dog, tuna dan lain-lain.

  9. Sayur pula, saya guna mix vege, tu saja yang ada di rumah. Pakai je apa yang ada kan. Boleh tabur bawang merah hiris, cendawan butang, cili benggala, nenas, cili merah atau cili hijau. Apa-apa sayuran yang disukai.

  10. Ok part paling best, tabur cheese. Kalau guna cheese mozarella + cheddar lagi sedap. Mozarella yang akan jadi bertali-tali bila makan.

  11. Tadaa! dah siap senang sangat. Masa untuk bakar.

  12. Panaskan oven dulu dalam 5-8 minit. Lepas tu bakar pizza pada suhu 180-190 selama 15-20 minit ikut oven masing-masing.

  13. Pizza dah siap. Sedap sangat. Semerbak bau satu rumah. Mudah dan senang kan. Yang penting homemade dan menjimatkan. Selamat mencuba.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Pizza Homemade”