Pizza Roti Gardenia

6 May 2016
1 Review (5.00 out of 5)
Peralatan
Oven
Masa Penyedian
20m
Masa Masakan
20m

Kalau ada lebihan roti boleh lah buat pizza yang mudah ni. Sesuai untuk breakfast, minum petang, makan malam pun boleh. Pizza roti, boleh buat untuk sarapan, lunch box anak-anak atau bawa pergi kerja. Sedap makan panas-panas. Jom buat. Insyallah mudah.


Bahan-bahan

  • Roti putih
  • Marjerin (Table spread)
  • Lada hitam
  • Oregano/Italian herbs
  • Cili benggala
  • Hotdog
  • Mozarella/Cheesedale
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Isi tuna tin/Sardin atau apa-apa lauk yang disukai e.g. ayam, daging

Cara-cara

  1. Susun roti dalam dulang bakar dan sapu sedikit marjerin (kalau tak sapu pun boleh). Tabur isi tuna atas roti.

  2. Tabur lada hitan dan oregano/italian herbs.

  3. Letak hotdog yang dipotong bulat. Kemudian letak sayur yang kita suka. Saya letak cili benggala merah. Boleh letak banyak mana yang kita suka.

  4. Letak sos cili dan sos tomato.

  5. Tabur cheese mozarella atau cheesedale

  6. Panaskan oven dalam 5-8 minit. Masuk dalam oven. Bakar pada suhu 190 selama 15 minit. Jika guna oven kecil, bakar pada suhu 180 selama 10-15 minit. Tambah masa kalau nak garing.

  7. Alhamdulillah dah masak. Sedapnya panas-panas.

  8. Close up sikit.

1 review for Pizza Roti Gardenia

  1. vfanel
    5

    ()

    Terima kasih resepi mudah dan cepat untuk sarapan pagi.

Add a review