Popiah Sayur

25 April 2016

Ramai yang suka makan popiah kan? senang sangat cara buatnya. Jom ikut tutorial saya cara buat popiah mudah rangup. Boleh buat minum pagi dan petang.


Bahan-bahan

  • 1 Ketul
    Kobis sederhana
  • 2 Batang
    Lobak merah
  • 5 Biji
    Bawang putih cincang halus
  • 3 Sudu Besar
    Udang kering rendam sekejap dan cincang halus
  • Sedikit minyak
  • Serbuk lada putih dan lada sulah
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit kicap cair (optional)
  • 2-3 Biji
    Telur, kocok dan buat telur dadar

Cara-cara

  1. Kobis dan lobak merah dibasuh dan dipotong halus memanjang. Nak guna sayur lain pun boleh, sengkuang cina ke, timun, kacang panjang ke, taugeh dan lain-lain.

  2. Ambil bawang putih dan udang.

  3. Bawang putih dan udang dicincang sampai halus.

  4. Panaskan minyak dan tumis hingga kekuningan.

  5. Masukkan sayuran tadi yang dipotong halus, dan kacau.

  6. Bila agak layu sayuran, masuk kicap cair sikit, garam, gula, lada sulah/lada putih. Tak perlu tambah air ye. Kacau hingga sayur masuk.

  7. Step penting, tapiskan sayuran tadi dan tekan-tekan sikit bagi semua air yang ada ditapis keluar. Ini penting untuk elak popiah jadi lembik lepas goreng.

  8. Telur dadar digulung dan guntingkan.

  9. Ok step nak gulung popiah.

  10. Mula-mula ambil sekeping kulit popiah dan isikan dengan inti sayur dan letak kan telur dadar di atasnya.

  11. Mula menggulung.

  12. Lipat ke dua-dua sisinya seperti ni ye.

  13. Sapu sikit tepung gandum+air supaya hujungnya melekat.

  14. Taadaa! siap dah popiah.

  15. Siap untuk digoreng.

  16. Goreng dengan minya sederhana panas ye.

  17. Toskan minyak.

  18. Dah boleh makan popiah kita. Selamat mencuba.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Popiah Sayur”