Puding Roti Pelangi

12 September 2016

Kalau ada lebihan roti boleh buat puding roti ni. Caranya mudah, rasanya yang lembut dan wangi. Sedap makan sejuk dan sesuai buat pencuci mulut.

Kredit: hanamemories.blogspot


Bahan-bahan

  • 4 Keping
    Roti putih
  • 2 Biji
    Telur
  • 1/2 Cawan
    Susu pekat
  • 300 Millilitres
    Susu cair/Susu segar
  • 10 Grams
    Serbuk agar-agar
  • 1/2 Cawan
    Gula
  • 2 Sudu Besar
    Butter/Marjerin (cairkan)
  • 3 1/2 Cawan
    Air
  • 1 1/2 Sudu Besar
    Serbuk koko/Coklat emulco
  • Sedikit garam
  • Pewarna merah

Cara-cara

  1. Didihkan 3 cawan air dengan serbuk agar-agar dan gula dalam periuk.

  2. Koyakkan 4 koping roti putih. Masukkan dalam blender untuk dikisar.

  3. Masukkan telur, susu pekat, susu cair, sedikit garam dan baki 1/2 cawan air ke dalam blender. Kisar halus.

  4. Semua bahan siap dikisar.

  5. Apabila sudah mendidih, tuang bahan yang dikisar. Kacau rata.

  6. Masukkan marjerin yang dicairkan dan kacau hingga mendidih.

  7. Tutup air apabila sudah mendidih.

  8. Bahagikan kepada 3 bahagian.
    1. Warna asal
    2. Adunan coklat - campur dengan serbuk koko/coklat emulco
    3. Adunan erah - titiskan sedikit pewarna merah.

    Kacau semua sebati.

  9. Sediakan loyang (saya guna 8' x 8'). Tuang berselang seli setiap warna kedalam loyang. Saya guna senduk gulai.

  10. Jadi macam ni.

  11. Ulang sehingga habis. Apabila sudah siap, sejukkan dalam peti ais.

    *Kena segerakan proses ni sebab adunan cepat keras.

  12. Puding roti sudah keras dan sejuk. Boleh dipotong. Cantikkan.

  13. Puding roti lembut dan sedap dimakan.

  14. Selamat mencuba puding roti.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Puding Roti Pelangi”