Risoles

3 June 2016

Pernah makan risoles ni dari seorang kawan dari Indonesia. Katanya risoles ni memang famous di sana. Katanya lagi di sana makan dengan cili padi sedap. Tapi saya suka makan cicah dengan sos cili atau makan macam tu pun sedap. Kulitnya macam kuih ketayap/kuih dadar dan intinya daripada ubi kentang, lobak merah, isi ayam atau isi daging. Bila gigit luarnya rangup sebab guna serbuk roti + telur dan dalamnya lembut. Ada yang letak cheese atau mayonis. Memang sesuai risoles ni untuk buat sarapan pagi, minum petang, lunch box sekolah, lunch box kerje. Dan boleh di ‘frozen’ kan.


Bahan-bahan

  • 1 Biji
    Bawang merah besar dipotong dadu
  • 3-4 Ulas
    Bawang putih dicincang halus
  • 5 Biji
    Ubi kentang besar dipotong dadu kecil
  • 1 Biji
    Lobak merah besar dipotong dadu
  • Isi ayam/Isi daging
  • 2 Sudu Kecil
    Lada hitam
  • 2-3 Sudu Kecil
    Serbuk kari
  • 1/2 Biji
    Kiub ayam/daging
  • Daun bawang
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit minyak untuk tumis

Cara-cara

  1. Tumis bawang merah dan bawang puting hingga naik bau dan kekuningan. Masuk daging/ayam dan kacau sekejap. Masuk pula lada hitam dan serbuk kari. Kacau bagi isi ayam/daging kecut. Masuk kiub ayam/daging. Masuk pula ubi kentang dan lobak merah. Tambah sedikit air dan masak hingga ubi empuk. Jika hendak cepat empuk tutup kuali dan sesekali kacau untuk elak lekat. Rasa garam dan gula. Dan tabur daun bawang. Apabila sudah siap sejukkan

  2. Bahan-bahan:
    - 2 cawan tepung gandum
    - 2 cawan susu segar/santan
    - 1/2 sudu kecil garam
    - 1 biji telur
    - 2 sudu besar minyak masak/1 sudu besar marjerin dicairkan

    Campurkan semua bahan dalam blender dan kisar halus. Tetapi jangan kisar lama sangat. Ataupun campur semua bahan dalam mangkuk besar dan kacau dengan whisk hingga tak ada ketulan tepung dan tapiskan.

    Panaskan kuali non stick, dan boleh sapu sedikit minyak pd kuali. Kemudian tuang sedikit adunan dan lenggangkan nipis. Nampak masak angkat terus. Tak perlu terbalikkan kulitnya. Ulang sehingga habis adunan.

    Boleh dapat dalam 20 kulit untuk satu adunan. Pastikan jangan tebal sangat kulitnya.

  3. Alhamdulillah siap semua kulit.

  4. Ambil sekeping kulit dan bentang macam ni.

  5. Letak inti. Boleh letak cheese mozarella/cheddar jika mahu. Letak cheese yang diparut atas ubi kentang.

  6. Mula menggulung seperti ni.

  7. Lipat kedua-dua sisi.

  8. Terus gulung ke atas. Dah jadi risoles.

  9. Siapkan semua kulit risoles.

  10. Sediakan bahan salutan luar.

  11. Celupkan dalam telur.

  12. Golekkan dalam serbuk roti.

  13. Ulang sampai habis. Kalau nak 'frozen'kan dan simpan dalam bekas pun boleh. Pada bila-bila masa boleh keluarkan dan goreng untuk makan.

  14. Goreng dengan api sederhana.

  15. Sudah kekuningan risoles...

  16. Angkat dan toskan minyak.

  17. Alhamdulillah. Awesome rasanya. Risoles rangup di luar, lembut di dalam. Selamat mencuba.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Risoles”