Roti Goreng Hotdog

24 April 2016
Cuisine
Course

Roti goreng hotdog, sesuai sangat buat sarapan dan minum petang. Mudah sangat hendak buat. Semua kena cuba.


Bahan-bahan

  • Beberapa keping roti
  • Beberapa hotdog
  • 1 Sudu Besar
    Tepung gandum dibancuh sedikit air
  • 2 Biji
    Telur
  • Sedikit garam

Cara-cara

  1. Ambil sekeping roti

  2. Leperkan roti sehingga nipis dengan pencanai. Jika tidak ada pencanai, boleh guna botol, mug atau apa sahaja yang boleh digunakan.

  3. Basuh hotdog dan potong kepada 4 bahagian.

  4. Potong dua roti tadi, letakkan hotdog dan gulung.

  5. Sapu dibahagian hujung roti dengan tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air.

  6. Lekatkan hujung roti yang digulung macam ini.

  7. Ambil telur kocok yang diletak sedikit garam.

  8. Celupkan roti dalam telur.

  9. Goreng dalam minyak sederhana panas. Alih-alihkan supaya masak sekata.

  10. Goreng sehingga kekuningan.

  11. Setelah siap goreng, angkat dan toskan di atas tisu dapur.

  12. Alhamdulillah sudah siap roti goreng hotdog. Selamat mencuba.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Roti Goreng Hotdog”