Roti John Homemade

27 April 2016

Selalu roti john kita beli kat pasar malam atau makan di restoran je kan. Atau pun beli di tepi jalan kat gerai abang jual burger. Apa kata kita buat sendiri di rumah. Roti john homemade dan mudah. Isi daging berempah dengan telur, sayuran, sos cili, mayonis dan lada hitam. Bahan-bahan pun mudah dapat dan boleh letak inti/isi banyak mana yang kita suka.


Bahan-bahan

  • 1 Biji
    Bawang merah saiz besar
  • 3-4 Biji
    Bawang putih
  • 3-4 Sudu Kecil
    Rempah kari
  • 1 Sudu Kecil
    Serbuk jintan manis
  • 1 Sudu Kecil
    Serbuk jintan putih
  • 1 1/2 Cawan
    Daging/Ayam Cincang
  • 1/2 Ketul
    Kiub ayam/daging

Cara-cara

  1. Mula-mula, masak inti daging atau ayam. Ambil sebiji bawang merah saiz besar dipotong dadu. 3-4 biji bawang putih cincang halus. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang hingga naik bau dan agak perang. Masukkan 3-4 sudu kecil rempah kari (letak lebih kalau suka rasa kari), 1 sudu kecil rata serbuk jintan manis dan 1 sudu kecil rata serbuk jintan putih. Kacau kejap dan masukkan dalam 1 1/2 cawan penuh daging/ayam cincang. Kacau bagi daging/ayam kecut dan masukkan air lebih 1/2 cm dari paras daging tadi. Kacau sekejap dan biar air kering paras daging. Kemudian masukkan garam dan gula secukupnya. Kalau nak letak kiub ayam/daging pun boleh. Saya letak 1/2 ketul kiub. Kacau lagi dan rasa samada daging sudah masak atau belum. Biar ada kuah sedikit, jangan kering sangat.

  2. Seterusnya, panaskan kuali leper/non-stick. Letak minyak sedikit atau marjerin.

  3. Sementara itu, sediakan roti panjang (brand gardenia ada dijual). Kalau buat sendiri lagi jimat.

  4. Potong dibahagian tengah.

  5. Potong jangan sampai putus.

  6. Potong macam ni.

  7. Ambil 2 biji telur gred A.

  8. Masukkan dalam 5-6 sudu besar isi daging/ayam ke dalam telur.

  9. Kocok rata dan tabur daun bawang supaya wangi.

  10. Jadi macam ni.

  11. Masuk dalam kuali dalam 3-4 sudu besar.

  12. Biar masak dalam 1 minit.

  13. Dan tekapkan roti panjang atas daging telur. Kalau ada lebihan telur terkeluar masukkan tolakkan ke dalam guna sudu.

  14. Kemudian, sapu marjerin/butter atas roti.

  15. Agak telur sudah masak, telangkupkan dan tekan-tekan sedikit guna senduk.

  16. Roti dah garing sebab sapu marjerin tadi dan sudah boleh angkat.

  17. Saya suka sayur kobis dan lobak merah rangup. Guna salad timun pun boleh.

  18. Sapu sedikit mayonis dan tabur lada hitam.

  19. Letakkan sayur. Toppingkan dengan sos cili. Saya guna plastik yang diisi dengan sos. Gunting bucu plastik dan squeeze.

  20. Jadi macam ni.

  21. Toppingkan dengan sedikit mayonis.

  22. Alhamdulillah, dah jadi roti homemade. Mudahkan.

  23. Roti john awesome...selamat mencuba.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Roti John Homemade”