Roti Kentang

26 May 2016
Peralatan
Oven

Dah lama tak meroti. Hari ni saya buat roti kentang/potato bread. Kalau pergi shopping complex mesti beli masih panas-panas. Lembut lemak dan gebu rasa roti ni. Apa kata kita buat sendiri. Caranya mudah dan bahan pun mudah dapat. Jom ikut tutorial saya.

Kredit: CMG Dapur Tanpa Sempadan


Bahan-bahan

  • 135 Millilitres
    Air sejuk dari peti ais
  • 3/4 Sudu Kecil
    Garam
  • 30 Grams
    Marjerin/Butter
  • 1/2 Biji
    Telur
  • 60 Grams
    Ubi kentang yang telah dilecek (rebus dulu)
  • 300 Grams
    Tepung roti (high protein flour)
  • 3/4 Sudu Besar
    Susu tepung
  • 50 Grams
    Gula halus
  • 2 Sudu Kecil
    Yis

Cara-cara

  1. Rebus ubi kentang hingga empuk dan lecek. Kemudian baru timbang 60 gram.

  2. Ubi siap dilecek.

  3. Campur semua bahan dalam mangkuk besar. Saya guna mixer untuk uli doh roti ni.

  4. Uli hingga doh licin dan elastik dalam 10-15 minit.

  5. Ambil mangkuk besar yang disapu sedikit minyak dan letak doh di dalamnya. Tutup guna kain bersih dan biar naik dalam 45 minit. Letak ditempat yang ada haba panas seperti tepi tingkap.

  6. Doh dah naik.

  7. Tumbuk untuk buang angin.

  8. Keluarkan dan uli sedikit. Jika melekat tambah sedikit tepung.

  9. Bulat-bulatkan doh sebesar bola pingpong dan susun dalam tray yang disapu minyak dan dilapik kertas baking.

  10. Kemudian kita buat krim kastard roti. Bahan-bahannya:
    - 3/4 cawan susu segar
    - 2 sudu besar tepung kastard
    - 2 sudu besar gula halus/gula pasir
    - 1 sudu kecil marjerin
    - 1/2 sudu kecil esen vanilla

    Campur semua kecuali marjerin dan esen vanilla. Bila sudah masak tutup api dan masukkan marjerin dan esen vanilla

  11. Kacau jadi macam ni dan biarkan hingga suam.

  12. Masukkan krim dala plastik dan potong sedikit bucunya. Pipe kan atas roti dan biarkan doh kita naik dalam 20-30 minit. Letak di tempat yang ada haba panas.

  13. Pipe kan atas roti begini.

  14. Panaskan oven dahulu dan bakar pada suhu 180 selama 25 minit. Alih kedudukan tray 10 minit pertama supaya roti masak sekata.

  15. Dah siap bakar, keluarkan dari oven. Sapu dengan mentega cair agar 'shining' dan lembut roti.

  16. Alhamdulillah dah siap roti kentang. Nampak 'awesome' kan.

  17. Close up. Sungguh lembut roti.

  18. Lagi close up. Selamat mencuba.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Roti Kentang”