Sardin Gulung Bakar

22 September 2016
Hidangan 15-16 Biji

Sedapnya sardin gulung bakar atau baked sardine roll. Cara buatnya mudah. Sesuai sangat buat sarapan pagi. Dengan pastry nya yang rapuh dan lemak rasa butter/marjerin. Dan rasa inti sardin yang menyelerakan.

Kredit: Blog Citarasawan


Bahan-bahan

  • 300 Grams
    Tepung gandum
  • 120 Grams
    Mentega/Butter
  • 4-5 Sudu Besar
    Air sejuk (atau secukupnya)
  • Secubit garam

Cara-cara

  1. Masukkan tepung gandum dan garam ke dalam mangkuk besar. Masukkan juga marjerin/butter. Gaul rata sehingga menjadi serbuk roti. Masukkan air dan uli sehingga menjadi doh licin. Tutup doh dan biar seketika.

  2. Doh licin yang siap diuli

  3. Canai doh tadi sehingga ketebalan 3mm. Potong bentuk segiempat saiz 4inch x 4inch.

  4. Untuk inti sardin nya. Bahan-bahan:
    1 tin besar sardin
    1 biji bawang besar mayang halus/potong dadu*
    2 ulas bawang putih*
    2 sudu besar cili kering kisar*
    1 biji cili merah dihiris nipis
    Garam
    Gula
    Perahan limau

    Panaskan sedikit minyak, tumis bahan bertanda * sehingga layu dan wangi. Masukkan isi ikan sardin (sosnya diasingkan dahulu). Kacau rata. Tambah dalam 3-4 sudu besar sos sardin tadi. Lenyek isi ikan. Masukkan jus limau dan perasakan garam dan gula. Akhir sekali tabur cili merah yang dihiris tadi.

    Letakkan inti sardin dan sapu hujung pastri dengan putih telur supaya mudah melekat bila siap digulung.

  5. Susun sardin gulung dalam tray dan kelar sedikit dengan pisau.

  6. Panaskan oven 10 minit pada suhu 180. Kemudian masukkan tray tadi ke dalam oven dan bakar selama 25 minit.

    Selepas 10 minit pertama keluarkan tray dan sapu sardin gulung dengan kuning telur.

  7. Sapu sardin gulung dengan kuning telur pada 10 minit pertama. Kemudian masuk balik dalam oven dan sambung bakar lagi 15 minit.

  8. Sardin gulung dan siap keluar dari oven. Nampak sedapkan.

  9. Wangi bau satu rumah pastri sardin gulung bakar. Selamat mencuba.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Sardin Gulung Bakar”