Sardin Gulung (Sardine Roll)

28 May 2016

Sarapan favorite anak-anak. Sesuai juga buat minum petang, lunch box sekolah atau kerja. Jom buat ikut tutorial saya.


Bahan-bahan

  • 2 Cawan
    Tepung gandum
  • 2 Sudu Besar
    Marjerin/Butter
  • Sedikit garam
  • Air sejuk dari peti ais

Cara-cara

  1. Gaul sedikit garam dengan tepung gandum. Kemudian masukkan marjerin dan gaul rata dengan tangan sampai jadi serbuk roti. Masukkan air sedikit-sedikit sampai doh tidak lekat pada tangan. Tapi jangan terlalu lembik atau keras. Rehatkan sekejap doh dalam 15 minit. Tutup dengan kain bersih.

    *1 adunan doh boleh dapat dalam 16-17 biji sardin gulung.

  2. Untuk inti sardin gulung. Bahan-bahannya:
    - 1 tin sardin
    - Bawang merah
    - Sedikit cili kisar (jika suka pedas)
    - Garam
    - Gula
    - Perahan jus limau

    Tumis bawabg merah potong dadu/mayang halus sampai naik bau dan kekuningan. Masukkan cili kisar dan kacau sekejap dan masukkan sardin. Masuk sedikit garam, gula dan sedikit perahan limau. Tambah sedikit air dan biar kuahnya agak kering. Masak api perlahan.

  3. Ambil doh tadi dan bulat-bulatkan kecil dan canai nipis.

  4. Letakkan sedikit inti sardin dan kelarkan ke bawah di bahagian atas.

  5. Dan gulung perlahan dan ketat. Picit sedikit pada bahagian tepi dengan tangan untuk tutup gulungan.

  6. Habiskan semua doh dan goreng.

  7. Goreng dengan api sederhaana. Jangan terlalu kuat untuk elak gelembung.

  8. Angkat sardin gulung apabila sudah agak kekuningan dan garing.

  9. Sudah masak, toskan atas tisu dapur.

  10. Sudah siap sardin gulung. Tengok dalamnya...sedapkan. Alhamdulillah dan selamat mencuba.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Sardin Gulung (Sardine Roll)”