Tart Telur Besar

23 November 2016

Saya nak kongsikan resepi tart telur yang saya buat versi besar menggunakan loyang kek ataupun loyang tart. Caranya sangat mudah, dan bahan pun mudah dapat. Selamat mencuba.

Kredit: Group FB MAHN (dikongsi oleh WNur Aida WHamid)


Bahan-bahan

  • 1 1/2 Cawan
    Tepung gandum
  • 3 Sudu Besar
    Butter/Marjerin
  • 1 Sudu Kecil
    Esen vanilla
  • 2 Sudu Besar
    Gula icing
  • 1 Sudu Kecil
    Garam (rata)
  • 1 Biji
    Telur

Cara-cara

  1. Dalam mangkuk besar, campur tepung gandum, gula icing dan garam. Gaul rata hingga menjadi seperti serbuk roti.

    Masukkan telur dan esen vanilla, uli/gaul sebati hingga menjadi doh.

  2. Hingga menjadi serbuk roti.

  3. Masukkan telur dan esen vanilla

  4. Uli/gaul hingga menjadi doh.

  5. Saya guna loyang kek 9' (guna loyang 7' atau 8' pun boleh). Kalau ada loyang tart boleh juga guna.

    Sapu loyang dengan marjerin (step penting elak pastry melekat) . Terapkan doh dalam loyang. Tekan tepi pastry dengan garpu. Cucuk- cucuk dasar pastry dengan garpu supaya pastry mudah masak.

  6. Pastry dibakar selama 15-18 minit pada suhu 170-175 (ikut oven - oven besar: 157, oven kecil: 170)

  7. Sementara membakar pastry kita sediakan bahan fillingnya.

    Bahan-bahan:
    90 ml air panas
    150 ml susu segar/ susu cair
    3 biji telur
    1 sudu kecil esen vanilla
    1 sudu besar rata tepung kastard
    1/4 cawan gula pasir

    Larutkan air panas dengan gula pasir.

  8. Masukkan susu segar/susu cair.

  9. Masukkan pula esen vanilla.

  10. Kemudian, masukkan telur dan tepung kastard.

  11. Kacau rata semua guna whisk.

  12. Tapiskan.

  13. Dah siap fillingnya. Mudahkan.

  14. Selepas 15 minit, keluarkan pastry dalam oven dan terus tuangkan fillingnya tadi.

  15. Dah siap tuang filling.

  16. Masuk semula ke dalam oven dan bakar selama 20-25 minit pada suhu 175.

  17. Alhamdulillah, siap dah tart telur. Nampak sedapkan.

  18. Sudah sejuk boleh keluarkan dari loyang dengan sisip tepinya dengan pisau. Boleh dapat 12 bahagian tart telur yang sama besar.

  19. Close up tart telur. Selamat mencuba.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Tart Telur Besar”