Waffle Mudah

2 May 2016

Sarapan pagi ni saya buat waffle. Buat lagi jimat, sihat dan boleh dapat banyak. Boleh letak topping macam-macam yang kita suka. Jom ikut tutorial saya cara buat waffle mudah.


Bahan-bahan

  • 2 Biji
    Telur
  • 2 Cawan
    Tepung gandum
  • 1 3/4 Cawan
    Susu segar suam
  • 1/2 Cawan
    Minyak sayur atau 1/3 cawan butter cair
  • 2 Sudu Besar
    Gula pasir
  • 4 Sudu Kecil
    Baking powder
  • 1/4 Sudu Kecil
    Garam
  • 1 Sudu Kecil
    Esen vanilla

Cara-cara

  1. Campur semua bahan kering dalam mangkuk. Kacau rata.

  2. Kita siapkan bahan basah. Masukkan telur kocok rata. Masukkan susu, esen vanilla, minyak sayur. Kacau sebati menggunakan whisk.

  3. Tuangkan bahan basah dalam bahan kering.

  4. Kacau guna whisk. Janagan overmix. Tidak apa kalau ada ketulan sedikit.

  5. Kacau sehingga macam ni.

  6. Panaskan waffle maker mengikut kepanasan waffle maker masing-masing.

  7. Masukkan satu senduk adunan waffle.

  8. Tutup waffle maker apabila siap masukkan adunan.

  9. Tutup dan biarkan sehingga waffle masak kekuningan.

  10. Siap sudah waffle.

  11. Senang dan mudah sangat untuk sarapan pagi.

  12. Boleh letak topping dengan apa-apa yang kita suka. Saya suka makan dengan butter, jem strawberi dan madu. Anak-anak suka sapu dengan nutella.

  13. Alhamdulillah. Sedap makan panas-panas.

  14. Selamat mencuba.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Waffle Mudah”