Posted on

Punca kek tidak menjadi. Sebab apa?

Kek Tidak Naik Sekata

  • Suhu dalam ketuhar tidak panas sekata menyebabkan kek tidak dibakar secara menyeluruh
  • Bancuhan tepung tidak sebati
  • Suhu ketuhar mungkin terlalu panas
  • Adunan melebihi setengah daripada ukuran loyang pembakar
  • Loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yang digunakan

Kek Menjadi Bantat

  • Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil
  • Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul
  • Ketika memasukkan tepung ke dalam adunan, kadar kelajuan tidak boleh terlalu laju
  • Kemungkinan telur yg digunakan sudah tidak elok. Sebaik-baiknya gunakanlah telur yang segar. Isikan air di dalam bekas dan letak telur di dalamnya. Jika telur terapung bermakna telur itu sudah tidak ada kandungan udara lagi atau sudah busuk.
  • Tepung sudah tidak elok atau sudah luput tarikhnya. Sebaik-baiknya, tepung dijemur terlebih dahulu. Ini penting untuk membantu meringankan kek.
  • Mentega yang dicampurkan dalam adunan mungkin terlalu panas, menyebabkan ia berbuih. Ini menjadikan kek rosak.
  • Suhu ketuhar terlalu rendah.

Kek Merekah

  • Suhu ketuhar terlalu panas dan ini menyebabkan bahagian luar kek terlalu cepat masak dan kepanasan tersimpan pada bahagian tengah kek. Ini membuatkan bahagian tengah kek akan merekah.
  • Jenis loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan
  • Loyang pembakar tidak diletakkan ditengah-tengah ketuhar
  • Kekurangan cecair
  • Acuan/loyang terlalu kecil
  • Tepung yang digunakan tidak sesuai seperti tepung berprotein tinggi

Kek Menjadi Keras

  • Gula dan mentega tidak dipukul hingga gebu dan ringan
  • Terlalu banyak tepung gandum
  • Tidak cukup cecair
  • Memukul terlalu lama setelah memasukkan tepung
  • Tidak memukul sempurna setelah dimasukkan telur
  • Membakar terlalu lama atau suhu terlalu tinggi
  • Loyang/acuan kek terlalu besar dan kek menjadi nipis
  • Ikuti resepi dengan tepat dan pastikan resepi dari sumber yang boleh dipercayai

Kek Menjadi seperti Bingka

  • Bancuhan tidak dipukul sebati
  • Terlampau banyak cecair
  • Tepung terlalu sedikit
  • Suhu ketuhar tidak cukup panas

Kredit: http://maziahismail.com/punca-kek-tak-menjadi-sebab-apa/