Posted on

Tips membakar kek dan biskut: Bahan-bahan pada suhu bilik

Kadang-kala resepi menyatakan bahan-bahan seperti telur, keju, butter atau susu pada suhu bilik. Tetapi sesetengah orang tidak peduli langkah tersebut. Jangan sesekali tinggalkan langkah tersebut kerana ada sebab yang penting di sebalik suhu bilik. Jika tidak, ia tidak akan rasa seperti yang sepatutnya. Apa maksud bahan pada suhu bilik pada sesuatu resepi? Kenapa bahan suhu bilik penting?

Pada suhu bilik, telur, butter dan bahan-bahan lain berasaskan susu membentuk emulsi yang memerangkap udara. Ketika membakar kek dan biskut, udara yang terperangkap akan mengembang dan akan menghasilkan kek yang ringan dan “fluffy”. Selain daripada itu, bahan pada suhu bilik juga akan mengikat dengan mudah dan menghasilkan tekstur yang sama rata.