Posted on

Punca kek tidak menjadi. Sebab apa?

Kek Tidak Naik Sekata

  • Suhu dalam ketuhar tidak panas sekata menyebabkan kek tidak dibakar secara menyeluruh
  • Bancuhan tepung tidak sebati
  • Suhu ketuhar mungkin terlalu panas
  • Adunan melebihi setengah daripada ukuran loyang pembakar
  • Loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yang digunakan

Kek Menjadi Bantat

  • Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil
  • Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul
  • Ketika memasukkan tepung ke dalam adunan, kadar kelajuan tidak boleh terlalu laju
  • Kemungkinan telur yg digunakan sudah tidak elok. Sebaik-baiknya gunakanlah telur yang segar. Isikan air di dalam bekas dan letak telur di dalamnya. Jika telur terapung bermakna telur itu sudah tidak ada kandungan udara lagi atau sudah busuk.
  • Tepung sudah tidak elok atau sudah luput tarikhnya. Sebaik-baiknya, tepung dijemur terlebih dahulu. Ini penting untuk membantu meringankan kek.
  • Mentega yang dicampurkan dalam adunan mungkin terlalu panas, menyebabkan ia berbuih. Ini menjadikan kek rosak.
  • Suhu ketuhar terlalu rendah.

Kek Merekah

  • Suhu ketuhar terlalu panas dan ini menyebabkan bahagian luar kek terlalu cepat masak dan kepanasan tersimpan pada bahagian tengah kek. Ini membuatkan bahagian tengah kek akan merekah.
  • Jenis loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan
  • Loyang pembakar tidak diletakkan ditengah-tengah ketuhar
  • Kekurangan cecair
  • Acuan/loyang terlalu kecil
  • Tepung yang digunakan tidak sesuai seperti tepung berprotein tinggi

Kek Menjadi Keras

  • Gula dan mentega tidak dipukul hingga gebu dan ringan
  • Terlalu banyak tepung gandum
  • Tidak cukup cecair
  • Memukul terlalu lama setelah memasukkan tepung
  • Tidak memukul sempurna setelah dimasukkan telur
  • Membakar terlalu lama atau suhu terlalu tinggi
  • Loyang/acuan kek terlalu besar dan kek menjadi nipis
  • Ikuti resepi dengan tepat dan pastikan resepi dari sumber yang boleh dipercayai

Kek Menjadi seperti Bingka

  • Bancuhan tidak dipukul sebati
  • Terlampau banyak cecair
  • Tepung terlalu sedikit
  • Suhu ketuhar tidak cukup panas

Kredit: http://maziahismail.com/punca-kek-tak-menjadi-sebab-apa/

Posted on

Tips buat muffin

Secara asasnya, muffin menggabungkan bahan kering dan bahan basah. Kemudian gaul, bakar dan makan! Senang sangat dan tidak perlu hand mixer atau stand mixer. Menggunakan kaedah kaup balik, guna spatula atau senduk sahaja.
Cara penggayaan pula, terpulang pada setiap individu, sama ada nak guna bekas cupcakes yang menarik, kertas cake yang nipis (lebih murah) atau pun guna loyang muffin tanpa sebarang alas (cara yang sering digunakan di luar negara). Paling sedap, makan semasa panas-panas selapas keluar dari oven. Bahagian atasnya ranggup!

Antara tips membuat muffin

  • Pastikan oven betul-betul panas sebelum masukkan adunan dalam oven. Panaskan lebih kurang 20 minit.
  • Pastikan perkakas untuk bahan kering betul-betul kering.
  • Gaul rata bahan kering keseluruhannya sebelum lubang tengah dibuat.
  • Buang tali pusat telur supaya muffin tidak hanyir
  • Jangan bakar terlalu banyak muffin. Ikut kebesaran saiz oven anda. Ini kerana kepanasan suhu oven berkait rapat dengan kuantiti muffin dalam oven.
  • Kalau nak muffin naik tinggi membukit dan cantik, haruslah buh 3/4 adunan dalam cup.
  • Adunan muffin sepatutnya tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Kalau adunan terlalu cair, haruslah dimasukkan 1/2 adunan sahaja dalam cup. Jika dituangkan 3/4 adunan dalam cup, nanti akan melimpah dan kejadian muffin tersebut tidak naik membukit.

Kredit: http://ninamirza.com/2012/09/26/resepi-tips-membuat-muffin-vanilla-sedap/